Tuesday 11 December 2012

Disleksia

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.




Disleksia bukan merupakan kecacatan tetapi adalah masalah dari segi pembelajaran. Murid-murid yang mengalami Disleksia akan kelihatan normal seperti murid-murid yang lain dari segi kecergasan intelektual dan tidak mempunyai masalah dari segi pendengaran dan penglihatan namun murid-murid ini hanya mempunyai masalah dari segi pembelajaran iaitu murid-murid ini mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Mereka juga sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.Murid-murid ini sering menulis dengan perkataan yang terbalik.Selain itu murid ini juga mengalami masalah penulisan dengan tulisan mereka akan kelihatan tidak elok dan sukar dibaca.Namun setiap murid akan mempunyai masalah desleksia yang tidak serupa dengan murid lain.
Apabila menghadapi murid-murid yang Disleksia ini, jangan lah diangap murid-murid ini bodoh dan tidak boleh diselamatkan dari segi pembelajaran mereka. Pelbagai kaedah dan teknik pengajaran perlu dilakukan bagi membantu murid-murid ini. Selalunya murid-murid ini akan dikesan seawal Prasekolah lagi. Setelah dapat dikesan, teknik pengajaran yang diterapkan keatas murid ini perlulah disesuaikan mengikut jenis masalah Disleksia mereka.

No comments:

Post a Comment